Monday, October 20, 2014

Holi Festival of Colours Mannheim 2014

Masa bagitahu orang tentang Holi festival, ini mereka punya reaksi tipikal. 

A: Holi Festival? 
B: Tak haram ka pergi?
A: Dude, come on. Holi Festival is not Holy.

"Terkejut" juga orang tak tahu tentang Holi Festival ni, sedangkan kita ada orang india dia Malaysia. Bollywood pun masih terkenal.

Holi adalah satu festival musim bunga yang juga dikenali sebagai festival warna atau festival cinta (Festival of Colours/Festival of Love). 

It is an ancient Hindu religious festival which has become popular with non-Hindus in many parts of South Asia, as well as people of other communities outside Asia. It is primarily observed in India, Nepal, and other regions of the world with significant populations of Hindus or people of Indian origin. The festival has, in recent times, spread to parts of Europe and North America as a spring celebration of love, frolic, and colours,

Negara lain yang menganjurkan Holi Festival ini bukan meraikan perayaan ini, tetapi mengambil konsep Holi Festival yang membaling tepung warna-warni. Holi festival bukan sahaja dilakukan pada musim bunga (no such restriction) di negara luar. Ia budaya dari luar yang diubah konsep dari berkaitan dengan Tuhan kepada untuk berseronok. Contoh yang mengambil konsep ini adalah "The Colour Run", berseronok dan menyihatkan.




Cukuplah Info tu, aku harap anda "get the picture". Tetapi aku pergi festival ini bulan 8, Syahirah balik, Rahmah sibuk, Fara pula jauh nun di sana, Mannheimers pun sibuk (ada bercuti), lagipun mereka tak minat benda begini. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi seorang diriYES! ALONE!

Cuak juga, tapi pergi concert seorang diri dan pergi Holi festival ada dalam bucket list aku. So, Double checked! 

Aku beli tiket yang paling murah. Dia ada 3 jenis Tiket, tapi bukan untuk dapat tempat duduk yang best atau sebagainya, cuma anda dapat barangan lebih seperti T-shirt putih, 5 warna Tepung dll. Aku beli yang murah sebab aku tak perlu tepung banyak-banyak sebab aku takdak kawan nak main bersama. Pathetic?

Festival mula pukul 3 petang (boleh masuk pukul 12) hingga pukul 10 malam.

Masa nak masuk, boleh dia nak check ID aku. Aku nampak macam tak cukup umur ka apa?! Hari tu cuaca bagus. Tengah hari agak panas memandangkan memang hujan selalu bulan 8 tu. 

Masa festival ada countdown baling tepung setiap sejam. Oh situ ada juga booth makanan dan minuman. Anda juga boleh beli t-shirt dan tepung. Dan semua jenis pembelian dilakukan menggunakan coupun. Toilet pun tersedia, air juga disediakan untuk bersihkan diri.












Oh lupa nak cakap, aku rasa aku agak menonjol masa di Festival sebab aku sesorang dan I'm freaking Asian! Ada la juga yang perasan aku seorang diri, mereka "tumb up". Haha 

Dah petang sikit, makin mendung dan hujan. Best hujan, tapi sejuk gila.





Walaupun Hujan, the party was still ON!

My favourite picture.

Lepas hujan, terjadilah pelangi! Double rainbows pula tu. Cantik ja diatas pentas. Memang hari penuh warna!






Lepas hujan tu, mentari keluar kembali. Bagus sebab dapat keringkan baju. Basah-basah sejuk ja bila angin tiup. Brrr.




Sini seperti biasa the Germans drink, a lots! Jadi masa aku lepak sesorang ada seorang lelaki tegur, dia nampak okay dan dia ajak sertai kawan-kawan dia. Aku pun ikut. Kawan-kawan dia okay cuma seorang saja yang mabuk tahap. 

Never again I'll talk to a drunk! They're not listening to you anyway. 
But I got a free cola, which was nice.





Aku balik awal, pukul 7 malam macam tu. Orang pun dah ramai balik masa tu, aku ingat malam lagi meriah. I was wrong. Mungkin sebab dah basah, orang ambil keputusan balik awal.

Aftermath:
Baju kotor, beg kotor, semua kotor! Tetapi sangat berbaloi. 

Nasib baik aku ada baju putih untuk dikotorkan.







No comments:

Post a Comment