Tuesday, May 5, 2015

Sepetang

Minggu di hari yang cuaca kian panas membuat aku merindui Malaysia lebih dari sepatutnya. Mengingatkan aku akan keluarga yang tika bersama kami berada di pagar rumah sambil meminum teh yang dibuat ibu melayani angin petang. Teringat segala makanan petang seperti keropok leko, keropok ikan, sausage, fried fries, pisang goreng dll. (Malaysian mana tidak rindukan makanannya)

Petang yang riuh dengan gelak tawa, kisah hidup, caci maki dan lawak senda. Damn, I really miss it. I meant them..

Maka dengan cuaca yang indah begini, aku keluar menikmati keindahan berhampiran rumah aku. Kebetulan rumah yang aku tinggal berdekatan dengan kawasan pertanian. Melihat hijauan buat diri terasa tenang ditambah dengan kuningan yang menceriakan. 



Untuk pengetahuan anda, pokok kuning ini adalah Rape Plant. (Don't think dirty, ayy) Pokok inilah yang digunakan untuk membuat minyak masak disini. Minyak masak paling murah. Kedua murah adalah minyak bunga Matahari. Dari apa yang aku baca, pokok ini banyak kegunaannya. Anda boleh google untuk tahu lebih lanjut. 

Masa aku berjalan petang, mesti ada orang tua yang juga sedang berjalan ambil angin petang. Melihat mereka buat aku sedikit gembira. I wish to be old like them, enjoying every little time I have. 



Berhampiran kawasan ladang Rape Plant ini, ada sebuah ladang yang menanam pokok bunga seperti Narcissus dan Tulip. Anda boleh petik segar. Yang menariknya tiada siapa yang jaga kebun tersebut, hanya sebuah papan dan peti wang. Di letaknya pisau untuk memetik bunga. 

Papan tersebut tulis:
"Nur bezahlte Blumen bringen Freu(n)de."
Bermaksud:
Hanya bunga yang dibayar memberi kebahagiaan/(kawan).

Tapi aku yakin semua yang memetik, pasti membayarnya. Aku suka sistem ini. Saling percaya mempercayai.






P/s: Aku tulis post ni guna Phone. Laptop buat hal.

No comments:

Post a Comment