Sunday, August 16, 2015

Aku Anak Singkong

Dengan banyak isu pengajian tinggi sekarang ini, aku saja nak kongsi rasa hormat dan kagum aku buat teman-teman Indonesia.

Kalau di Malaysia, masih ada yang pandang rendah akan Indonesia. Mungkin kerana negaranya tidak semaju kita (sungguh pun tidaklah ketara mana). Mungkin kerana kebanyakkan yang kerja di Malaysia hanyalah buruh dan pekerja kilang semata.

Tetapi dari dulu aku memang suka akan orang Indonesia. Aku juga boleh dikatakan di besarkan dengan bantuan orang Indonesia. Ibu bapa aku mengambil seorang warga Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah, untuk membantu ibu aku menjaga anak-anak. Tika kecil aku selalu teman pembantu rumah aku berjumpa dengan teman Indonesianya yang lain di sebelah taman. Dengar mereka bertutur dalam bahasa Indonesia. Dan bagi aku, warga Indonesialah yang paling 'chill'. Mereka tidak 'judgemental'. Apa yang diceritakan kebanyakkan tentang keluarga mereka and kesusahan bekerja.

Sejak aku datang ke jerman, pada mulanya aku tidak kenal seorang pun warga Indonesia. Tetapi mungkin jodoh itu ada, aku pun bertemu dengan Rahmah. Mula pertemuan, semestinya agak kekok. Tapi kami tetap ada punya rasa yang sama, punya hati yang sama.

Masa aku dengan syahirah sudah mendapat rumah, kami jemput Rahmah untuk tinggal bersama. Rahmah tinggal di hostel universiti, namun dia kurang gemar tinggal di situ kerana tandas dan dapur di kongsi. Dia pernah dimarahi kerana memasak dll. Biasalah masakkan kita bau kuat.

Warga Indonesia juga tidak ramai di Mannheim. Ramainya dia daerah atas Jerman seperti Berlin. Warga Malaysia pun tidak ramai ketika itu. Sekarang boleh tahan ramai. Selepas selalu bersama, makin ramai teman-teman Indonesia yang aku mula kenal. Baiklah, tidaklah ramai mana yang aku kenal. 3-5 orang, lain-lain cuma pernah berjumpa sahaja.

Yang bagusnya mereka ini kebanyakkan tidak punya scholarship atau sponsorship. Rakan indonesia aku cakap di sana susah untuk masuk universiti kerajaan, dan universiti swasta pula mahal, harganya hampir sama belajar di Jerman. Lebih baik di Jerman, walaupun belajar sambil kerja, masih lumayan katanya.

Aku di sini banyak kali juga ingin bekerja tetapi selalu tewas dengan kemalasan diri. Sekarang ini aku ada masalah dengan pembelajaran aku, aku rasa mahu saja pulang ke Malaysia dan belajar di sana.

Perkara yang membuat aku bertahan adalah teman Indonesia yang aku kenal. Mereka boleh hidup dan teruskan. Semestinya aku pun boleh. Aku perlu kuat. Rezeki itu ada sahaja di mana-mana. Moga Allah sentiasa memberkati hidup teman-teman Indonesiaku.

Moga aku dapat bercuti di sana suatu hari nanti..


2 comments:

  1. suruhlah Rahmah carikan kat hang seorang Rahmat kot2 la berjodoh. kakaka

    ReplyDelete