Monday, December 7, 2015

Irritating

Setakat aku kenal diri aku, makin banyak aku nampak kata-kata atau kononnya pengajaran hidup, makin aku akan menidakkan benda itu. Aku akan cari sebab kenapa benda itu tidak betul. Bukan kerana aku nak aku betul tetapi hidup bukan hitam putih. Bukan hanya kata-kata itu benar, dalam setengah situasi kata-kata itu salah. 

Dan aku rasa orang yang sukakan kata-kata cliche macam itu lupa yang hidup bukan sekadar itu. Hidup ini luas. Kalau nak disamakan dengan mathematik, jawapan bagi hiudp adalah "infinitely many".

Stay out from the cliche.

Salah satu benda yang aku rimas bila orang cakap tentang orang ambil kesempatan keatas diri dia. Aku rasa aku pernah juga cakap benda ni atau rasa situasi seperti itu-zaman remaja. Mungkin aku terpengaruh dengan orang sekeliling.

Tapi bila difikirkan kembali, kita yang bagi peluang untuk orang ambil kesempatan keatas kita. Kenapa kita nak salahkan orang tu? Dan kalau orang ambil kesempatan keatas kebaikkan kita, dan kita pertikaikan balik, adakah kita betul-betul ikhlas tolong?

Untuk ikhlas, aku rasa perasaan orang ambil kesempatan keatas kita tidak sepatutnya wujud. Aku rasa dah lama aku tak rasa orang ambil kesempatan keatas aku, tetapi bukan sebab aku ihklas ka apa, tapi sebab aku tak pernah bagi kesempatan dekat orang untuk ambil kesempatan keatas aku.

Kalau aku taknak buat, aku cakap. Kalau aku nak tolong, aku tolong saja la. Aku takkan buat benda yang aku taknak buat. Kawan-kawan aku bukan kanak-kanak, orang yang aku kenal semua dewasa, untuk mengatakan tidak bukanlah sesuatu yang kejam. Aku percaya yang orang memahami bagaimana aku faham bila orang tolak untuk menolong.

'Rejection' is part of life.

Soal maaf juga buat aku rimas. Banyak ayat soal maafkan seseorang yang cliche, yang konon nak sedapkan hati sendiri. Boleh nampak dari kata-kata itu, anda tidak ada hati untuk maafkan pun. Dari perspektif aku, anda cuma ingin orang lain berpihak kepada anda. Untuk menaikkan saham anda sebagai orang yang baik tapi anda tidak boleh menipu aku. Aku sudah biasa dengan manusia begini. Cakap lebih dari yang buat.

Konklusinya aku benci kata-kata berkaitan dengan hidup, bagaimana aku patut hidup, erti hidup. Bukan hanya hidup tapi sebagai anak, kawan, pelajar dan lain-lain. 

Aku ingin cari cara itu sendiri, erti sambil menghayati hidup ini. Aku ingin mencipta aku punya kata-kata. Aku ingin mencipta definisi untuk segala dan mencipta kamus hidup aku sendiri.





No comments:

Post a Comment